suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Terima Laporan Maklumat Palsu Kesihatan Yang Di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat mengenai penyebaran maklumat palsu berhubung kesihatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata laporan berkenaan diterima daripada pihak keselamatan Istana Negara kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.

"Kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Selain maklumat palsu mengenai kesihatan baginda, dua keping gambar turut disebarkan yang dikatakan diambil di hadapan bangunan Sayap Diraja Istana Negara yang menunjukkan susunan kenderaan milik Istana Negara serta sebuah ambulans.

Dalam pada itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 88, telah berangkat ke Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 10.30 malam Khamis bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

"Seri Paduka sedang berehat dan dijangka kembali bertugas secepat mungkin," katanya dan menambah beliau berangkat dengan kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau berkata Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain