suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar UIAM Warga Syria Didenda RM1,000 Kerana Berniaga

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) warga Syria didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyalahgunakan pas pelajar untuk berniaga kebab di sebuah restoran.

Majistret Zura Syazween Hamizan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohammad Alhalki, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah melanggar syarat pas dengan bekerja sebagai peniaga di sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Kondominium Casa Mutiara, Jalan Hang Isap, Bukit Bintang, di sini pada pukul 6.35 petang, 24 September lalu.

Dia didakwa mengikut peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asp Nom Phot Prackdit. - BERNAMA

Syria, denda, UIAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain