suria

Pengarah Bomba Johor Meninggal Ketika Solat Jumaat

Abdul Ghani meninggal dunia ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Impian Emas, Skudai, Jumaat.

JOHOR BARU: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Abdul Ghani Daud dilapor meninggal dunia ketika menunaikan solat  Jumaat di Masjid Taman Impian Emas, Skudai tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Rizal Buang berkata Allahyarham rebah semasa mengangkat takbir.

"Sebelum itu beliau tergelincir semasa hendak mengambil air sembahyang dan  dibantu jemaah lain. Namun Allahyarham berkata beliau tiada apa-apa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata jenazah akan disolat di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Taman Damansara Aliff, Tampoi selepas solat Isyak.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Jalillah Mohamed dan empat orang anak.

Abdul Ghani, 58, berkhidmat sebagai pengarah bomba negeri sejak 2008.-- Bernama




bomba, Johor, Abdul Ghani Daud

Artikel Berikut

Najib Kutuk Gejala Islamophobia

Artikel Lain