Bot Karam: Satu Lagi Mayat Ditemui, Jumlah Korban 64 Orang

PELABUHAN KLANG: Satu lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam Khamis lepas, dijumpai petang Selasa, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 64 orang.

Pengarah Operasi Maritim Daerah Klang Komander Maritim Mohamad Faaiz Mohd Nor @ Samah berkata berkata mayat lelaki dewasa itu ditemui pada kira-kira 6 petang di sekitar 52.3 kilometer atau enam batu nautika dari lokasi kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat hari ini bagi mencari saki-baki mayat.

"Jika tiada lagi mayat ditemui, kita akan pertimbang sama ada untuk terus atau tamatkan operasi ini, tertakluk kepada arahan dari ibu pejabat," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Mohamad Faaiz berkata skop operasi pencarian yang masuk hari ketujuh hari ini kini tertumpu ke arah selatan iaitu dari perairan Sabak Bernam ke perairan Kuala Selangor menggunakan dua bot dan sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Khamis lepas, bot sepanjang 40 kaki yang dinaiki warga Indonesia dipercayai pendatang asing tanpa izin itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Seramai 20 penumpang terselamat dalam kejadian itu.

Pelabuhan Klang, APMM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain