suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini, demikian menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar pada Rabu.

Kawasan terbabit ialah Bandaraya Melaka yang mencatatkan bacaan 112 diikuti Bukit Rambai (107) dan Nilai (103).

Muar pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 100 berbanding bacaan tidak sihat 101 pada pukul 7 pagi Rabu.

Di ibu negara, kualiti udara berada pada tahap sederhana iaitu 75 di Cheras dan 80 di Batu Muda dan situasi sama turut direkodkan di Putrajaya iaitu 76.

Setakat pagi ini, kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU, Cheras, Putrajaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain