suria

Bayi Dan Budak Berusia Setahun Maut Dalam Kemalangan

KOTA TINGGI: Bayi berusia empat bulan antara tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori tangki di Jalan Kota Tinggi-Desaru di sini, Sabtu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Abd Rahim An Rani berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.35 tengah hari sebelum sebuah jentera dan lima anggota bomba tiba di lokasi kejadian, Felda Air Tawar 2.

"Bayi berusia empat bulan, kanak-kanak perempuan berusia setahun dan lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala seorang wanita berusia 22 tahun pula mengalami kecederaan serius.

"Ketika kami tiba di lokasi itu, tiada orang di dalam lori tangki berkenaan. Kami percaya pemandunya telah meninggalkan lokasi tersebut," katanya.

Wanita yang cedera telah dihantar ke hospital di Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.

Bayi, Kota Tinggi

Artikel Lain