Teratai Kini Muncul Semula Di Tasik Chini - Semasa | mStar

Teratai Kini Muncul Semula Di Tasik Chini

Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman (kanan) diberi penerangan mengenai pokok teratai yang tumbuh di Tasik Chini oleh Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Mohd Ghazali Hasan (kiri) semasa melawat persekitaran tasik itu selepas merasmikan bengkel penyediaan stok tanaman tumbuhan darat dan akuatik lembangan Tasik Chini, Selasa. Turut hadir Ketua Program Geoinfarmasi FRIM, Dr Abdul Rahman Kassim (belakang). --fotoBERNAMA

PEKAN: Pokok teratai yang selama ini sinonim dengan Tasik Chini kini telah memperlihatkan kemunculan kembali sekali gus memberikan semula wajah ikonik yang selama ini menjadi lambang kebanggaan tasik berkenaan. 

Sebahagian besar pokok teratai di Tasik Chini musnah dalam banjir besar yang melanda seluruh negara hujung tahun lalu. 

Tetapi dengan usaha dan inisiatif pemulihan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) dan Jabatan Perhutanan, pokok teratai kini boleh dikatakan hidup subur di Tasik Chini semula. 

Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata, beberapa projek untuk mengekalkan biodiversiti tasik berkenaan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) termasuklah penanaman semula pokok teratai dari spesies Nelumbo Nucifera.

"Daya tarikan paling utama Tasik Chini adalah pokok teratainya tetapi sebahagian besarnya telah musnah akibat banjir besar limpahan dari Sungai Pahang hujung tahun lalu dan pokok ini tidak dapat bertahan jika ditenggelami air untuk satu tempoh yang lama tetapi dengan penanaman semula ia kini telah membiak dengan subur kembali di Tasik Chini," ujarnya. 

Katanya, walaupun pokok teratai musnah dalam jumlah yang besar dalam banjir tahun lalu tetapi pada masa yang sama banjir itu turut memusnahkan pokok ekor kucing (Cabomba Furcata) yang merupakan tumbuhan liar yang tidak dikehendaki di tasik berkenaan.

Dalam pada itu, Frim di bawah program penanaman semula telah membantu para kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri tentang cara-cara menanam semula pokok teratai melalui kaedah yang pantas. 

Ahli eko-haidrologi Frim, Mohd Ghazali Hasan berkata, salah satu kaedah yang digunapakai ialah dengan memindahkan benih pokok teratai dari tempat lain ke Tasik Chini. 

Misalnya, kata Ghazali, benih pokok teratai dari kawasan sawah padi di Sekinchan Selangor dengan mudah boleh dituai dan kemudian dalam tempoh dua bulan selepas disemai di tapak semaian sudah membesar sebagai pokok baru dan boleh dipindahkan dengan segera ke Tasik Chini. 


Artikel Sebelum

Mesyuarat MT Umno 9 September - Ku Nan

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini