suria

Keputusan Tepat Dibuat Untuk 1MDB - Arul Kanda

Arul Kanda Kandasamy.

PETALING JAYA: Keputusan yang tepat telah dibuat untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia perlu dilihat dalam konteks, kata presiden dan pengarah eksekutif syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy.

"Apabila anda melihat kembali dalam pengalaman yang lalu adalah mudah untuk menunjukkan apa yang sepatutnya dilakukan. Pengalaman lalu adalah 20-20.

"Tetapi apa yang penting ialah mengenai keputusan tepat telah dibuat dan mereka perlu dilihat dalam konteks yang telah dibuat," kata Arul dalam temuramah sempena program 'Soal Jawab' di saluran TV3, malam Rabu.

Bagaimanapun beliau menyedari bahawa ada kalanya rancangan tidak berjaya kerana "faktor-faktor luaran".

"Apabila kita melihat cabaran, kita pelu mengambil tindakan. Itulah yang penting.

"Apabila perkara berlaku tidak mengikut seperti yang dirancang, kita perlu membuat pembetulan dan itulah tujuan pelan rasionalisasi dibuat," katanya.

Terdahulu, beliau berkata terdapat banyak perkara yang dilakukan 1MDB tetapi tidak disedari orang ramai.

"Bila anda mahu memasang lampu, antara tenaga itu disediakan oleh 1MDB," kata Arul. 

"Kami pada masa ini turut membina lapan kem yang akan siap menjelang 2018.

"Dan Tun Razak Exchange (TRX) mempunyai RM3 bilion dalam infrastruktur yang tidak dapat dilihat. Ia di bawah tanah. Apabila ia siap, bangunan akan didirikan dan anda boleh lihatnya," katanya.

Mengenai liputan buruk diterima oleh syarikat itu, Arul menegaskan bahawa beliau mahu menyediakan kebenaran dan fakta bagi memaklumkannya kepada orang ramai.

"Terdapat 48 kenyataan media yang dikeluarkan 1MDB serta menggunakan saluran Twitter dan Facebook kami, inilah cara kami memaklumkannya kepada rakyat bagi penjelasan mengenai 1MDB," katanya.

1MDB, Arul Kanda Kandasamy

Artikel Berikut

Artikel Lain