suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Portal Berita Perjelas Paparan Skrin Palsu

The Malaysian Insider pada Rabu membuat penafian berhubung paparan skrin petikan berita bertajuk: "Najib pernah ada hubungan sulit dengan anak saya, Marina, kata Mahathir" yang kini tersebar menerusi aplikasi Whatsapp.

PETALING JAYA: Sebuah portal berita mengeluarkan penafian berhubung satu paparan skrin palsu mengenai laman web itu yang didakwanya mengeluarkan berita dengan bertajuk “Najib pernah ada hubungan sulit dengan anak saya, kata Mahathir”.

Portal berita The Malaysian Insider berkata, pemberitanya tidak menulis berita berkenaan dan pihaknya tidak menyiarkan artikel seumpama itu.

"The Malaysian Insider menyifatkan tindakan menyebarkan petikan palsu berkenaan dan mengaitkannya dengan laman web ini adalah tidak bertanggungjawab," kata portal berita tersebut pada Rabu.

Petikan berkenaan menunjukkan berita itu disiarkan pada Selasa dengan menggunakan nama wartawan dan jurugambar The Malaysian Insider.


Artikel Berikut

Artikel Lain