suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Annuar Musa Dilantik Semula Pengerusi Mara

Annuar Musa.

PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuat kuasa pada Rabu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Annuar, 59, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Parlimen Ketereh, menyandang jawatan Pengerusi Mara sejak 2013.

Anuar, yang turut menyandang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia bagi tempoh 2010 hingga kini, pernah menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan (1990-1993) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (1993-1999).

Dalam satu kenyataan di sini, Ismail Sabri juga mengumumkan pelantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berkuat kuasa pada 1 September depan.

Zahidi, 54, ialah Anggota Parlimen Padang Besar.

"Kedua-dua pelantikan ini dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Ismail Sabri.

Beliau percaya Annuar dan Zahidi masing-masing dapat memimpin Mara dan Risda dalam melaksanakan dasar dan perancangan kementerian demi mencapai objektif Transformasi Negara.

Annuar Musa, Mara

Artikel Lain