suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Keluar Parti, Sertai GHB

Jauhar Mohd Dawi

MELAKA: Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Jauhar Mohd Dawi mengistiharkan keluar daripada parti itu dan telah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Timbalan Koordinator GHB Negeri Melaka itu berkata, tindakannya keluar daripada PAS kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya telah tersasar daripada perjuangan asal pakatan rakyat.

"Banyak isu (dalam PAS) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baharu ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan pakatan rakyat.

"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru (GHB) kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Jauhar, 40, menjadi Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka antara 2013 hingga pemilihan PAS tahun ini dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil antara 2011 hingga 2013.

Beliau merupakan anggota PAS yang pertama di negeri ini yang mengumumkan  keluar parti dan menyertai GHB.

Pada 4 Ogos lepas, bekas Pesuruhjaya PAS  Melaka, Adly Zahari mengumumkan telah menyertai GHB dan bertindak sebagai Koordinator GHB Negeri Melaka, bagaimanapun beliau tidak mengisytiharkan keluar PAS.-- Bernama

PAS, Jauhar Mohd Dawi, GHB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain