suria

Dua Pengarah SPRM Tidak Dipindahkan Ke JPM

Rohaizad (kiri) dan Bahri.

PETALING JAYA: Dua pengarah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob tidak akan dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti arahan serta merta yang dikeluarkan pada Jumaat.

Sumber SPRM memberitahu, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat antara SPRM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal diadakan di Putrajaya pada pagi Isnin.

Difahamkan, SPRM akan mengeluarkan kenyataan berhubung hasil mesyuarat itu secepat mungkin.

Bahri dan Rohaizad yang masing-masing merupakan Pengarah Operasi Khas dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM telah diarahkan berpindah ke JPM pada Jumaat lalu. 



SPRM, JPM

Artikel Lain