suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janin Ditemui Dalam Loji Kumbahan

- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Janin lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam loji kumbahan di Taman Desa Wangsa, Permatang Damar Laut dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata janin yang dipercayai berusia lebih kurang lima bulan itu ditemui oleh seorang pekerja pembersih loji kira-kira pukul 5.30 petang ini.

"Semasa pekerja lelaki berkenaan sedang membersihkan loji kumbahan berkenaan dia ternampak satu objek yang menyerupai bentuk bayi sebelum menarik dan mengangkatnya untuk melihat lebih dekat.


"Sebaik berjaya mengangkat objek berkenaan, pekerja itu mendapati ia adalah janin yang masih bertali pusat dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan terbabit," katanya di sini malam Ahad.


Beliau berkata sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan janin terbabit. 
Lai berkata janin lelaki yang sudah cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang terlibat membuang janin berkenaan.
janin, Lai Fah Hin

Artikel Lain