suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Perlu Wujud Ramai 'Keyboard Warriors'

Datuk Seri Najib beramah mesra dengan perwakilan dan tetamu ketika hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Noordin. -fotoBERNAMA

JOHOR BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu mewujudkan lebih ramai keyboard warrior bagi menangkis persepsi negatif terhadap parti di media sosial.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perkara ini perlu memandangkan pembentukan minda masyarakat hari ini banyak bergantung kepada persepsi berbanding realiti.

Beliau menyifatkan penyebaran fitnah kini 'di hujung jari' disebabkan ruang siber menjadi medan perjuangan penting berbanding sebelum ini secara fizikal atau berhadapan.

Najib berkata Umno kini dalam kemelut kerana pihak pembangkang tahu bagaimana untuk memanipulasi medan baharu itu.

"Pembangkang tidak perlu buat banyak. Mereka cuma perlu timbulkan persepsi, keraguan dan persoalan. Tidak perlu deliver apa-apa.

"Mereka hanya perlu timbulkan persoalan di minda rakyat, yang cukup untuk menghakiskan kepercayaan kepada parti," kata beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Najib Tun Razak, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain