suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reman Pasangan Dera Cucu Dilanjutkan

KUALA TERENGGANU: Polis melanjutkan tahanan reman seorang lelaki berusia 51 tahun dan isterinya, 27, yang ditahan pada hari Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Idris Mohamed berkata perintah tahanan reman terhadap pasangan itu dilanjutkan sehingga Selasa.

Isnin lalu seorang kanak-kanak mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dan muka termasuk bengkak mata kiri dipercayai didera oleh nenek tirinya.

Kanak-kanak malang terbabit dijaga pasangan berkenaan selepas ibu bapanya bercerai tujuh bulan lalu.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu disedari seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu.

Mangsa kini dirawat di HSNZ Kuala Terengganu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dera Cucu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain