suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Mahukan Pemimpin Yang Berani Bersuara - Shafie Afdal

NILAI: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rakyat perlukan pemimpin yang berani bersuara supaya perjalanan pentadbiran negara dan kepentingan rakyat diutamakan. 

Katanya banyak perkara yang beliau ucapkan dan tanyakan kerana ia berkaitan kepentingan rakyat. 

"Saya perlu menyuarakan kerana saya adalah seorang wakil rakyat. Kalau saya bukan wakil rakyat, saya tidak bersuara.

"Apa ertinya saya mewakili rakyat kerana ini kepentingan rakyat dan negara kita. Jadi, itu yang berbangkit. 

"Saya boleh diam dan beri sokongan dan buat tak tahu sahaja. Saya yakin keadaan itu akan berlainan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah Datuk Abdul Karim Mustafa di Kampung Kubang dekat sini, hari ini.

Katanya beliau bangkitkan dan suarakan beberapa isu yang hangat diperkatakan kini kerana beliau ingin tahu sebelum dipersoalkan oleh rakyat. 

Shafie berkata banyak majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis perasmian beberapa persidangan perwakilan UMNO Bahagian yang telah beliau hadiri dan sambutan rakyat terhadap beliau amat menggalakkan.

Datuk Seri Shafie Afdal

Artikel Lain