suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Patah Kaki Terjatuh Eskalator Di Pusat Beli Belah

Gambar hiasan.

KOTA BAHARU: Seorang kanak-kanak perempuan patah kaki kanan selepas terjatuh dari eskalator di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa berkata Nor Syazasafieya Mohd Sukarno, 3, terjatuh dari tingkat satu kira-kira 1.10 tengah hari Ahad.

"Mangsa terjatuh selepas tangannya terlepas dari tempat pemegang eskalator yang dipanjatnya di kawasan sebelah luar tangga," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata penyelia keselamatan yang menyedari kejadian itu segera bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

jatuh eskalator

Artikel Lain