suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Objek Seperti Bom Dijumpai Atas Bumbung Rumah

Gambar hiasan.

BUKIT MERTAJAM: Seorang penduduk terkejut apabila menjumpai satu objek yang menyerupai bom mortar ketika membaiki bumbung rumahnya di Permatang Ara di sini, Sabtu.

Zainuddin Ismail, 58, berkata ketika iu beliau mahu membaiki bumbung zink rumahnya yang diterbangkan angin akibat hujan lebat kira-kira pukul 5 petang.

"Ketika hendak membaiki bumbung, saya ternampak satu objek seperti bom mortar. Saya lalu menghampiri objek berkenaan dan mendapati ia adalah bom. Saya kemudiannya menghubungi pihak polis," katanya.

Beliau berkata, beliau tidak tahu bagaimana objek berkenaan boleh berada di atas bumbung rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya akan menyiasat lanjut objek berkenaan.

"Ia akan dihantar ke makmal untuk dianalisis dan kami sedang menyiasat bagaimana objek tersebut boleh berada di atas bumbung rumah itu," katanya.

bom mortar

Artikel Lain