suria

Tiga Pekerja Binaan Maut Dihempap Runtuhan

Sebahagian bangunan kilang dalam pembinaan di Jalan Perusahaan Bukit Minyak 11 runtuh pada Sabtu. Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Tiga orang pekerja Myanmar maut akibat dihempap dinding sebuah kilang yang dalam pembinaan dalam kejadian hujan ribut di Bukit Minyak di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian di Bukit Minyak, para pekerja berkenaan sedang bekerja membina dinding kilang sebelum ribut dan hujan lebat berlaku sehingga menyebabkan dinding itu runtuh dan menghempap mereka.

"Seorang lagi pekerja Myanmar dalam kumpulan itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, identiti ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 20 hingga 30 tahun belum dikenal pasti. - Bernama

Artikel Lain