suria

KDN Gantung Permit Penerbitan The Edge

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk tempoh tiga bulan, bermula 27 Julai ini.

Akhbar kewangan harian itu berkata, mereka menerima surat daripada KDN memaklumkan perkara itu kerana laporkan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut The Edge, surat KDN memaklumkan, dua penerbitannya yang melaporkan mengenai 1MDB boleh menjejaskan atau menjejaskan kestabilan awam, keselamatan atau menimbulkan kebimbangan awam atau menggugat kepentingan awam dan negara.

Surat berkenaan juga menyebut, kegagalan untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan akan menyebabkan KDN menarik balik permit penerbitan The Edge.

"Kami tidak rasa dengan mendedahkan komplot menipu rakyat Malaysia membabitkan berbilion Ringgit boleh menjejaskan kepentingan awam dan negara.

"Semua ini adalah tindakan untuk menamatkan operasi kami supaya kami tutup mulut," kata penerbit The Edge Media Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat.

Kay Tat berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke mahkamah bagi memasikan penggantungan itu ditangguhkan.

Operasi The Edge Media Group Malaysia mempunyai kira-kira 350 kakitangan.

The Edge, KDN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain