suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peguam Negara Akan Tentukan Status Perhimpunan S4S

KUCHING: Peguam Negara akan menentukan sama ada perhimpunan '722 Sarawak Freedom and Independent Walk di sini' Rabu lalu melanggar undang-undang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat hasil penyiasatan yang dilakukan oleh polis terhadap penganjur yang sudah dipanggil memberi keterangan.

"Polis telah pun menyelidik (menyiasat), maknanya polis akan menilai sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara, jadi Peguam Negara akan buat keputusan sama ada perhimpunan itu telah melanggar undang-undang," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang, di sini, Jumaat.

Ketika ditanya mengenai tempoh penyiasatannya, beliau berkata ia bergantung kepada kerjasama yang diberikan kepada polis semasa penyiasatan dijalankan.

Pada Rabu, ribuan peserta perhimpunan anjuran Pertubuhan Dayak Iban Sarawak (Sadia) dan pergerakan Sarawak Untuk Rakyat Sarawak (S4S) berkumpul di Taman Rekreasi Song Kheng Hai di sini.

Ada juga peserta yang berkumpul di Padang Jubilee di Jalan Datuk William Tan sebelum berarak ke lokasi utama perhimpunan itu sejauh 1.5 kilometer, jelas melanggar arahan polis sebelum ini yang melarang perarakan itu diadakan.-- Bernama


S4S, Sarawak, Peguam Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain