suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Terkena Renjatan ELektrik Di Tawau

TAWAU: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di rumahnya di perkampungan atas air Hidayat, Batu 4 di sini, Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 6.26 petang dan tujuh anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Apabila tiba di lolasi kejadian mangsa berada dalam keadaan terbaring di bawah rumahnya dan dipercayai telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Aris Deleon, 34, dikatakan sedang mengumpul tin di bawah kolong rumah berkenaan sebelum terkena wayar elektrik yang dipasangkan di bawah rumah berkenaan.

"Mengikut ahli keluarga, mangsa kurang siuman dan sudah menjadi kebiasaan  memungut tin di bawah kolong rumah mereka," katanya.-- Bernama 


Hidayat, Tawau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain