suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tangguh Pendengaran Pengisytiharan Muflis Adun Lenggeng

Ishak Ismail

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban menangguhkan pendengaran kes Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng Datuk Ishak Ismail untuk mengetepikan pengisytiharan muflis terhadapnya.

Peguam mewakili Ishak, C.S Murtti berkata Hakim Datuk Kamaludin Md Said  membenarkan penangguhan kes itu ke 31 Julai di dalam kamarnya.

Penangguhan itu dibenarkan selepas hakim mempertimbangkan persetujuan diberikan ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi bagi membolehkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah, katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah di sini, Khamis.

Murtti berkata, hakim turut membenarkan penggantungan perintah muflis terhadap Ishak, 64, yang dibuat Penolong Kanan Pendaftar mahkamah itu pada 18 Mac lalu selepas beliau gagal membayar pinjaman Misran berjumlah RM2 juta. -- Bernama





Adun Lenggeng, Ishak Ismail

Artikel Lain