Polis Tiada Sebab Hendak Tangkap Dr Mahathir - KPN - Semasa | mStar

Polis Tiada Sebab Hendak Tangkap Dr Mahathir - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak cadangan pihak tertentu agar polis menangkap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan membuat kritikan yang menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri dan kerajaan.

"Tiada sebab untuk menangkap Dr Mahathir. Cadangan tersebut adalah satu tindakan yang nakal dan saya tidak akan melayan permintaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Ops Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral di sini, Rabu.

Isnin lalu, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah dalam akaun Twitter mencadangkan supaya polis bertindak cepat dan menangkap Dr Mahathir ekoran kritikan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan kes dakwaan dana 1MDB yang diselewengkan dan pembelian kontroversi aset Dudley International House di Melbourne, Australia oleh MARA Incorporated Sdn Bhd, tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai kerana ia boleh mengganggu siasatan dan bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terlampau ghairah dalam mengemukakan pendapat dan menyebarkan maklumat yang mereka terima  di laman sosial berkaitan dengan dua isu itu yang sedang hangat dibincangkan ketika ini

Khalid berkata mengikut Akta SPRM, sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dilakukan oleh pasukan khas sama ada berkaitan 1MDB atau pembelian aset oleh MARA Incorporated Sdn Bhd, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Polis , KPN , Dr Mahathir

Artikel Sebelum

WSJ Bakal Berdepan Saman - Peguam

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain