suria

Enam Akaun Dibekukan Bukan Seperti Yang Dilapor WSJ

PETALING JAYA: Enam akaun bank yang dibekukan berikutan siasatan terhadap dakwaan bahawa dana kerajaan disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dikatakan berbeza daripada apa yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ).

Memetik sumber yang rapat dengan siasatan, WSJ melaporkan bahawa 'akaun yang diarahkan untuk dibekukan berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam laporan WSJ minggu lepas.'

Laporan itu menyatakan bahawa pihak berkuasa bertindak membekukan akaun-akaun itu selepas menerima maklumat daripada siasatan sebelum ini yang diketengahkan dalam artikel WSJ itu, menurut sumber berkenaan.

Pembekuan enam akaun dibuat pada Isnin menurut satu kenyataan bersama oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim.

"Beberapa dokumen mengenai isu ketidakpatuhan terhadap peraturan dan prosedur Bank Negara juga telah disita," kata kenyataan itu.

Pasukan petugas khas juga berkata akaun 17 yang lain turut disiasat.

Difahamkan 17 akaun itu adalah milik pelbagai syarikat dan individu.
1MDB, siasatan 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Serbu Pejabat 1MDB

Artikel Lain