suria

Kerajaan Tidak Akan Hentikan Pinjaman Perumahan Penjawat Awam

Mohd Irwan Serigar Abdullah

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian baru-baru ini.

Laporan itu menyebut bahawa kerajaan akan berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukanfiskalnegara.

"Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan tanpa merujuk kepada Kementerian terlebih dahulu," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Malah, kerajaan akan menambah baik urusanpembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

"Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali  sebagaiLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam."

LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkansegalatermadankemudahansediaada, katanya.-- Bernama

Artikel Lain