Amira Kerap Mengigau Memanggil Ibu Bapanya - Semasa | mStar

Amira Kerap Mengigau Memanggil Ibu Bapanya

Fairuz Nizam Husain, bersama isteri, Nova Safitri Azhari, dan anak mereka, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan terkorban dalam kemalangan di Kilometer 6 Lebuh Raya Duke. Pasangan itu meninggalkan dua anak perempuan, (kiri) Nur Firuza Amira, 7, and (kanan) Nur Firuza Akila, 3.

KUALA LUMPUR: Kehilangan ibu bapa secara mengejut akibat kemalangan dua bulan lepas masih menjadi igauan kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, yang kini terpaksa menyambut Aidilfitri hanya dengan adiknya, Nur Firuza Aqila, 4.

Bapanya, Fairuz Nizam Husain adalah mangsa kemalangan yang maut bersama isteri dan bayi perempuan mereka dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) di sini pada 2 Mei lalu.

Ibu saudara mereka, Izzat Hasif, 30, berkata lebih menyedihkan Nur Firuza Amira selalu mengigau dan terbawa-bawa bayangan insiden yang menimpa kedua ibu bapa dan adik perempuannya itu dalam tidurnya.

"Amira (Nur Firuza Amira) akan memanggil "papa dan mama" ketika tidur.

"Sebak saya mendengar apabila Amira menyebut nama arwah, saya berharap dia tabah menghadapi dugaan ini," katanya kepada Bernama.

Perjalanan kehidupan dua kanak-kanak itu masih banyak likunya selain mereka kehilangan tempat berteduh daripada Fairuz Nizam, 35, ibu mereka Nova Safitri Azhari, 25, dan adik bongsu, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan.

Izzat berkata keadaan kedua-dua beradik berada dalam keadaan baik dan sihat.

Beliau berkata kini Amira dan adiknya diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka iaitu Yusnida Wan Hussain, kakak kepada arwah Fairuz Nizam dan mereka dijaga di rumah nenek mereka di Taman Batu Muda, Gombak.

Menurutnya, segala kebajikan dan keperluan persekolahan Amira dijaga dengan baik dan diuruskan oleh ibu saudara mereka.

"Dari segi pergaulan Amira dengan keluarga dan rakan-rakannya di sekolah tiada masalah dan berjalan lancar, jika tidak sebelum ini dia banyak mendiamkan diri," katanya. -- Bernama

Duke , Nur Firuza Amira

Artikel Sebelum

Empat Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?