suria

Mahkamah Tolak Permohonan Palanivel Untuk Penangguhan Perintah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain bagi penangguhan pelaksanaan perintahnya yang mengekalkan arahan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi MIC mengadakan pemilihan semula.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar pada Isnin.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu media bahawa hakim berkenaan mengarahkan bekas presiden MIC itu, Datuk S. Sothinathan, Datuk S Balakrishnan dan bekas Setiausaha Agung parti A. Prakash Rao membayar RM5,000 untuk kos.

Mereka memfailkan permohonan penangguhan pada 19 Jun, tiga hari selepas memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu.

Pada 15 Jun, Asmabi menolak permohonan semakan penghakiman yag menegaskan bahawa RoS hanya memberikan pendapatnya bahawa parti itu perlu menyelesaikan pertikaiannya tetapi cadangan untuk mengadakan pemilihan semula datang daripada Palanivel.

Asmabi berkata Palanivel yang menegaskan beliau masih presiden MIC, dalam satu surat bertarikh 5 Feb 2015, bersetuju untuk menyelesaikan masalah parti itu dengan mengadakan pemilihan semula cawangan dan bahagian termasuk jawatan presiden.

Keempat-empat mereka memfailkan permohonan itu pada 24 Feb bagi semakan penghakiman untuk mencabar arahan RoS.

MIC, Mahkamah

Artikel Lain