suria

Bapa Saudara Kanak-Kanak Mangsa Dera Turut Ditahan

Bapa kandung dan ibu tiri Nur Zuliana Zaara Zulkifli 5, ditahan bagi membantu siasatan pada Khamis lalu.

KOTA BARU: Dua orang bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang pada 24 Jun lalu turut ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-duanya ditahan di sekitar sini beberapa hari lepas untuk membantu siasatan kes berkenaan.

"Setakat ini kita telah menahan empat orang iaitu dua orang bapa saudara,  ibu tiri dan bapa kandung mangsa," katanya kepada pemberita di sini malam Ahad.

Beliau berkata 21 kenyataan turut diambil sementara kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

dera, Kota Baru, bapa saudara

Artikel Lain