suria

Dakwaan Dana 1MDB Dipindah Ke Akaun PM Sabotaj Politik - PMO

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'sabotaj politik', kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Walaupun perdana menteri berjaya memacu ekonomi negara terhadap halangan global seperti yang diiktiraf Fitch Ratings pada minggu ini, terdapat usaha individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi kita, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri," menurut PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa dokumen yang dibocorkan dan peras ugut berlaku untuk mengelirukan media dan rakyat.

"Oleh itu, pengamal media tidak harus menerima maklumat tersebut sebagai sesuatu yang betul melainkan jika disahkan pihak berkuasa berkenaan," katanya.

PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sudah menegaskan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan lebih awal pada Jumaat.
PMO, Najib Tun Razak, 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain