suria

Prolintas Tawar Diskaun Tol 20 Peratus

SHAH ALAM: Prolintas Sdn Bhd menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya kendaliannya sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Zainudin A. Kadir berkata diskaun itu ditawarkan kepada pengguna kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di lorong Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

"Potongan sebanyak 20 peratus itu akan bermula pada pukul 6 pagi 17 Julai sehingga 6 pagi 19 Julai ini.

"Diskaun yang ditawarkan sempena Hari Raya nanti merupakan satu daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Prolintas yang kami anjurkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Zainudin berkata kadar tol selepas diskaun adalah seperti berikut:

AKLEH RM1.20 berbanding kadar biasa RM1.50 di plaza tol Datuk Keramat; GCE RM1.10 berbanding kadar biasa RM1.40 di plaza tol Bukit Jelutong, Elmina dan Lagong; LKSA RM1 berbanding kadar biasa RM1.20 di plaza tol Seri Muda dan 50 sen berbanding kadar biasa 60 sen di plaza tol Alam Impian.

Zainudin juga menggalakkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik agar perjalanan lebih cepat dan selesa.

"Prolintas juga berharap semua pengguna lebuh raya mengamalkan pemanduan yang berhemah di musim perayaan ini," katanya.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter  @AKLEHtrafik, @GCEtrafik dan @LKSAtrafik atau layari laman web Prolintas di www.prolintas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai lebuh raya di bawah kendalian syarikat itu.

Prolintas, Tol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain