suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Daun Saderi Naik 500 Peratus Di P Pinang

GEORGE TOWN: Harga sekilogram daun sup atau lebih dikenali daun saderi telah meningkat lebih 500 peratus di negeri ini, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Katanya harga daun saderi meningkat mendadak kepada RM20 daripada RM3 dan menurut peniaga peningkatan itu berikutan permintaan tinggi terutama sekali pada bulan Ramadan.

"Bagaimanapun, kenaikan lebih 500 peratus itu amat mengejutkan walaupun daun saderi senang diperolehi dan ditanam," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya mengambil tindakan segera dan keras terhadap peniaga yang menaikkan harga amat tinggi itu mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

Ia turut menyeru pengguna supaya mengelakkan diri daripada menjadi mangsa tindakan mengambil untung yang berlebihan ini dengan menanam sendiri daun saderi yang tidak memerlukan ruang yang banyak dan mudah dijaga.

Daun Saderi

Artikel Berikut

Artikel Lain