suria

Pendapatan KR1M Sekitar RM5,000 Sehari - Hasan Malek

KUALA LUMPUR: Hasil jualan kira-kira RM1.71 juta setiap tahun bagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara membuktikan ia popular di kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, KOperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ini berdasarkan dapatan bahawa setiap kedai membuat keuntungan jualan purata RM4,711 setiap hari.

"Jumlah sebenar bergantung kepada lokasi dan saiz kedai, tetapi kami masih menjangkakan jualan akan terus meningkat bersama-sama dengan cawangan baharu KR1M.

"KR1M telah memberikan pelihan kepada pengguna untuk membeli barang keperluan mereka sehingga 50 peratus lebih murah, dan dengan sokongan pengguna, hasil jualan KR1M akan terus meningkat," katanya ketika menjawab kepada Tan Sri Mohd Ali Rustam di Dewan Negara, Khamis.

Terdapat sejumlah 163 KR1M yang beroperasi di seluruh negara, dan terdapat rancangan untuk menambah 23 lagi menjelang akhir tahun.

Hasan juga berkata, kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya satu KR1M di setiap kawasan Parlimen di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
KR1m, Hasan Malek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain