suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Marin Rampas Minuman Keras Seludup

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 650 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai kira-kira RM127,120 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini, awal pagi Rabu.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata rampasan itu dilakukan tujuh kilometer dari bulatan Kalabakan, dekat sini, kira-kira 4.30 pagi.

"Pasukan peronda menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 22 dan 26 tahun, yang sedang dalam perjalanan menuju ke bandar Tawau," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut beliau, setelah melakukan pemeriksaan terhadap lori berkenaan, polis menemui 650 kotak pelbagai minuman keras yang dipercayai tidak membayar cukai kastam.

Kesemua barangan dan kedua-dua lelaki yang ditahan itu dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut, katanya.

Polis Marin, Minuman Keras

Artikel Sebelum

Artikel Lain