suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Interim Pengauditan 1MDB Siap Ikut Jadual - Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara pada Khamis mengesahkan Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah disiapkan mengikut jadual, iaitu akhir Jun 2015.

Laporan ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semasa taklimat kepada PAC yang dijadualkan pada 9 Julai, 2015, kata Ketua Audit Negara dalam satu kenyataan Khamis.

Laporan Interim ini merupakan hasil pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara mulai 10 Mac, 2015, sehingga 15 Jun, 2015, katanya.

Pengauditan Jabatan Audit Negara ke atas 1MDB masih lagi berjalan dan satu laporan lengkap akan diserahkan kepada PAC secepat yang mungkin dalam tahun ini.

Artikel Lain