suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah Beri Bonus RM500 Kepada Penjawat Awam

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
ALOR SETAR: Kakitangan kerajaan negeri turut menikmati bonus RM500 sempena Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata bonus kepada kakitangan gred N54 ke bawah itu telah diberikan bersama gaji bulan lalu.

"Kita ikut seperti yang diumumkan kerajaan persekutuan, kita juga beri RM500," katanya kepada pemberita.

Beliau menyampaikan bantuan Ramadan Yayasan Prihatin Rakyat Kedah (YPRK) kepada anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional untuk diagihkan kepada rakyat.

Mukhriz berkata peruntukan bagi pembayaran bonus tersebut tersedia dalam Bajet Negeri 2015 yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas.

Pada majlis itu, syarikat Cenviro Sdn Bhd yang merupakan pemegang saham syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang menguruskan sisa pepejal dan pemberersihan awam di Kedah menyumbang RM1 juta kepada YPRK menerusi program MyKasih Foundation.


Ia untuk diagihkan kepada 7,200 penerima di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Artikel Lain