1MDB Bincang Dengan Fitch Sebelum Peningkatan Penarafan - Semasa | mStar

1MDB Bincang Dengan Fitch Sebelum Peningkatan Penarafan

Arul Kanda
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah  berbincang dengan Fitch Ratings sebelum peningkatan penarafan kredit terhadap Malaysia, yang melibatkan keadaan semasa syarikat.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda berkata syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia itu juga memberi keyakinan tentang langkah-langkah yang sedang diambil.

"Kami bersikap terbuka tentang cabaran-cabaran yang kami hadapi, menggariskan usaha-usaha kami untuk mengurangkan hutang syarikat seperti yang dibentangkan dalam pelan rasionalisasi kami, dan memberikan maklumat mengenai pelbagai langkah yang telah kami ambil termasuk pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion pada Jun lalu," katanya.

Fitch menyemak prospeknya terhadap Malaysia kepada stabil daripada negatif dan mengesahkan semula penarafan kredit asing jangka panjang dan kredit negara tempatan pada A- dan A.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana negara telah mencapai kenaikan penarafan Fitch Ratings daripada negatif kepada stabil. Ini adalah keputusan kajian bebas oleh pihak luar dan melambangkan pengiktirafan terhadap kekuatan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat.

"Tambahan pula, kenaikan taraf ini membuktikan kejayaan Kerajaan dalam memastikan kelangsungan kestabilan ekonomi negara.

"Kementerian Kewangan dan Bank Negara khususnya telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam memberi penekanan terhadap perkara-perkara positif tentang kisah kejayaan ekonomi kita," katanya.

Fitch berkata ia percaya kerajaan Malaysia menanggung liabiliti luar jangka tambahan melebihi jaminan yang jelas kerana operasi fiskal kuasi entiti milik negara, 1MDB.

"Fitch berpendapat terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa sokongan kerajaan untuk 1MDB akan berlaku jika diperlukan," kata agensi penarafan itu pada Rabu.
1MDB , Fitch , Arul Kanda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain