Kastam KLIA Tahan Dua Suspek, Rampas Dadah RM1.75 Juta

Chik Omar pada sidang media bulan lalu menunjukkan kejayaan anggotanya menumpaskan kegiatan seludup dadah di KLIA.

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan dua suspek melibatkan tiga kes dadah bernilai RM1.75 juta dalam tempoh kurang sebulan.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas membabitkan 9.2 kilogram (kg).

"Kes terbaharu berlaku pada 15 Jun lalu melibatkan suspek wanita warga Ukraine di mana pemeriksaan bagasinya menemui serbuk putih yang disembunyikan dalam bekas krim pemutih muka seberat 2.068kg bernilai RM392,920," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Chik Omar berkata, suspek telah didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum mandatori gantung sampai mati.

Katanya lagi, dua lagi kes terdahulu melibatkan dadah jenis  methamphetamine seberat 6.3 kg yang disorok di bahagian bawah bagasi oleh seorang suspek yang tiba daripada Bangalore, India.

"Suspek berusia 35 tahun itu dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Selain itu, kes ketiga pula membabitkan rampasan dua bungkusan penggulung aloi menggunakan khidmat penghantaran cepat dari Shenzen, China yang masing-masing mengandungi methamphetamine seberat 410g dan 420g.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain