Azmin: Khalid Gagal Selesai Masalah Air Dalam Enam Tahun - Semasa | mStar

Azmin: Khalid Gagal Selesai Masalah Air Dalam Enam Tahun

Azmin Ali

SHAH ALAM: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau gagal untuk menyelesaikan masalah air di Selangor.

Menolak kritikan yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin berkata beliau hanya menerajui pentadbiran negeri selama sembilan bulan.

"Dia gagal untuk menjelaskan (isu air di negeri ini) selama enam tahun," kata Azmin.

Sebelum ini Khalid menerusi kenyataan menggesa supaya Azmin menyelesaikan masalah air di negeri ini dengan segera atau meletakkan jawatan.

Azmin ditemui selepas mesyuarat PKR Selangor yang menyentuh mengenai perkembangan baharu dan dasar-dasar kerajaan negeri.

Azmin menolak tanggapan bahawa mesyuarat itu membincangkan tentang Pakatan 2.0, satu perjanjian baru diilhamkan oleh seorang pemimpin DAP berikutan berakhirnya Pakatan Rakyat.

"PKR sentiasa memainkan peranan dalam memberi nasihat agar semua pihak memberi tumpuan kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui gabungan itu," katanya.

Azmin Ali , Khalid Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain