suria

MER-CoV: Malaysia Tingkat Pemeriksaan Kesihatan Di Pintu Masuk Negara

BALIK PULAU: Kerajaan akan meningkatkan pemeriksaan kesihatan termasuk menjalankan saringan suhu badan di semua tiap pintu masuk negara bagi mengelak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) menular ke negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata selain pemeriksaan kesihatan, pihaknya juga akan memberikan nasihat kesihatan kepada orang ramai yang masuk ke Malaysia di semua pintu masuk negara.

"Memang sebelum ini kita memantau suhu badan pelancong di lapangan terbang antarabangsa, cuma kali ini Kementerian Kesihatan tingkatkan usaha itu di tiap-tiap pintu masuk negara bagi mengelak MERS-CoV menular di sini," katanya di sini Ahad.

Dr Hilmi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau, berkata demikian bagi mengulas penularan wabak MERS-CoV di Korea Selatan manakala Thailand mengesahkan satu kes.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia masih bebas daripada jangkitan penyakit itu.
-- BERNAMA
Mers

Artikel Lain