suria

Lelaki Suluk Lepak Berhampiran Tandas Perempuan Mengamuk

KOTA KINABALU: Seorang penganggur suku kaum Suluk dipercayai pesakit mental mengamuk selepas polis menghalangnya melepak berhampiran tandas wanita sehingga menganggu orang awam yang mahu menggunakan tandas.

Lelaki berusia 24 tahun itu merupakan bekas pesakit Hospital Mesra Bukit Padang bertindak menganggu orang ramai di sebuah stesen minyak di Tanjung Aru, di sini, kira-kira pukul 11.55 pagi Ahad.

Suspek melontar tukul ke kenderaan polis ketika ditemui dan melarikan diri menggunakan basikal.

Polis berjaya menangkap suspek berhampiran masjid beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata suspek turut memecahkan skrin kenderaan polis dengan menggunakan tukul.

"Beliau telah ditangkap apabila unit peronda polis datang untuk memberi bantuan," katanya. 

Selain tukul, pisau tangan dan rantai logam dijumpai dalam poket lelaki itu turut dirampas.

Suspek akan dirujuk ke hospital untuk penilaian psikiatri
Lelaki Suluk, Jenayah

Artikel Lain