suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anifah Bertemu Thailand, Indonesia Bincang Isu Pelarian

Datuk Seri Anifah Aman

PUTRAJAYA: Isu pelarian dan penyeludupan manusia akan dibincangkan dengan negara-negara berkaitan termasuk Myanmar, Indonesia dan Thailand, di sini, pada 20 Mei ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili Malaysia bagi membincangkan hal ini bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand, General Tanasak Patimapragorn dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Retno Marsudi mewakili Indonesia.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, Malaysia terus komited untuk bekerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam menyelesaikan isu penting di rantau ini.

"Malaysia akan terus mencari penyelesaian mengenai isu ini melalui usaha bersepadu dan diselaraskan di kalangan negara-negara asal, transit dan destinasi , " katanya.

Artikel Lain