suria

Tak Dapat Dedah Maklumat Siasat Sirul - Wan Junaidi

Sirul Azhar Umar

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak dapat mendedahkan maklumat terperinci berhubung siasatan lanjut terhadap bekas komando polis, Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di Sydney, Australia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanpun sekali lagi mengesahkan bahawa pihak polis mengadakan pertemuan dengan Sirul Azhar berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Kita memang ada berjumpa (Sirul), oleh kerana ada…(desakan), apa yang rakyat sebut, masyarakat sebut...kita kena buat perjumpaan itu untuk mengesahkan apa benar Sirul buat (kenyataan berhubung kes),” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Terdahulu menerusi jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa maklumat lanjut berhubung perjumpaan antara pihak polis dengan Sirul Azhar tidak boleh didedahkan kerana masih dalam siasatan.

“Saya khuatir ia akan mengganggu proses siasatan dan kerahsiaan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas,” katanya.

Lip Eng dalam soalannya mahu kerajaan mendedahkan jumlah dan tarikh pertemuan antara polis dan Sirul Azhar serta nama aggota polis yang terlibat dalam siasatan berkenaan.


Artikel Sebelum

"Dia Memalukan Saya"

Artikel Lain