suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Sebabkan Kematian Pelajar Junior Direman Lapan Hari

KOTA BARU: Seorang pelajar berusia 17 tahun yang didakwa memukul seorang pelajar junior di bilik asrama sebuah kolej di Bachok pada Selasa sehingga menyebabkan kematian direman selama lapan hari.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pelajar yang berasal dari Melor itu direman bermula Selasa hingga 19 Mei.

Mangsa iaitu Mohamad Nur Akram Zime, 16, maut selepas disyaki dipukul  pelajar senior berkenaan pada tengah malam.

Mangsa dilapor tidak sedarkan diri selepas disepak sebanyak dua kali dan mangsa meninggal pada 1.30 pagi di sebuah klinik kesihatan.

reman, pukul, pelajar kolej

Artikel Lain