suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Treler Terbalik Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas

KULAIJAYA: Sebuah treler yang terbalik dan tersadai di tempat kejadian di KM 38 arah selatan berhampiran Sedenak, Lebuhraya Utara-Selatan pada Rabu menyebabkan kesesakan trafik teruk kerana ia menghalang keseluruhan lalu lintas.

Plus, menerusi laman Twitter berkata disebabkan kejadian pada pukul 5 pagi itu, aliran kontra telah dibuka antara KM40.5 dan KM 37.3 lebuh raya.

Plus berkata pemilik kenderaan boleh menggunakan laluan alternatif dengan keluar di tol Simpang Renggam.

Polis trafik berkata usaha sedang dijalankan untuk mengalihkan treler tersebut. Pemandu lori dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.
treler terbalik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRK Rompin: BN Lawan PAS

Artikel Lain