suria

PRK Rompin: BN Lawan PAS

ROMPIN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin (P091) menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara parti Barisan Nasional dan PAS.

Calon yang bertanding adalah Datuk Hasan Arifin mewakili BN dan Nizam Ahmad dari PAS.

Pengumuman rasmi pencalonan bagi PRK Rompin buat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh di pusat penamaan calon di sini tepat pukul 10 pagi Rabu.

Terdahulu, calon BN diiringi Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Manakala, Nizam diiringi Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pada itu, hasrat pemilik blog Cucumatkilau, Mohd Shukri Mohd Ramli untuk bertanding sebagai calon bebas tidak kesampaian apabila permohonannya ditolak kerana tidak mempunyai pencadang  dan penyokong.

Dia tiba kira-kira 15 minit sebelum pusat penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi untuk menghantar borang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pembuangan undi pada 5 Mei ini.

BN, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain