suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Marin Gagalkan Cubaan Aktiviti Pengeboman Ikan Di Semporna

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat menggagalkan aktiviti pengeboman ikan di perairan Pulau Pababag, dekat sini, Ahad.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Rosman Ismail berkata, sejurus menerima maklumat awam mengenai aktiviti itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang dilaporkan.

"Ketika tiba di lokasi berkenaan pasukan peronda telah terserempak dua lelaki, masing-masing menaiki bot pam dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Apabila dihampiri kedua-dua lelaki berkenaan bertindak terjun ke laut dan melarikan ke kawasan bakau berhampiran.

Hasil pemeriksaan terhadap bot pam berkenaan polis menemui 17 botol kaca berisi baja ammonia bersama 11 unit peledak yang dipercayai digunakan untuk aktiviti mengebom ikan," katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Katanya, kesemua barang rampasan, termasuk bot pam yang dianggarkan bernilai RM6,010 dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.-- Bernama

Artikel Lain