suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Pelajar Ditahan Kes Pukul Sekolah Agama Di Pendang - Polis

Zahari Haris, 43, (kiri) menunjukkan kesan lebam pada anggota badan anak saudaranya Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, (kanan) yang dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah agama di Pokok Tai Pendang ketika ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra di Gurun, Ahad. Foto BERNAMA

PENDANG: Polis menahan 13 pelajar bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Abdul Aziz Ahmad berkata, enam pelajar Tingkatan Empat dan tujuh pelajar Tingkatan Lima itu ditahan polis pada 11.15 pagi Isnin di sekolah terbabit.

Katanya, dua lagi pelajar Tingkatan Lima yang dipercayai terbabit dalam kes itu telah digantung daripada asrama sekolah pada Ahad dan telah pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani.

"Tindakan untuk menahan mereka (bagi membantu siasatan) akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Zainol Abidin ketika dihubungi berkata, laporan penuh kejadian itu telah dihantar oleh pihak sekolah kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa dia dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sekolah tersebut dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

Artikel Lain