suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketepikan 'Jemuan', 'Tukang Kipas' - Najib

ALOR SETAR: Perdana Menteri pada Sabtu meminta anggota Umno mengetepikan 'jemuan' dan 'tukang kipas' dalam parti yang sering mengadudombakan antara satu sama lain sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, berkata Umno berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya 'jemuan-jemuan' (berperangai buruk) ini tiada dalam parti.

"Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka yang mengadudombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan dalam parti.

"Ketepikan benda-benda ini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan Umno akan menang," katanya pada ucapan perasmian Konvensyen Umno Kedah di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Konvensyen Umno Kedah yang berlangsung selama dua hari sehingga esok itu dihadiri perwakilan Umno daripada kesemua 15 bahagian parti di seluruh negeri.

Umno, Kedah, Najib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain