suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Pasukan Khas Siasat Laporan Penyelia Pusat Kawalan Trafik Udara Tidur

Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat laporan oleh kumpulan 19 lelaki bahawa pengawal penyelia di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sedang tidur apabila panggilan dibuat empat jam selepas MH370 hilang.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau melihat kejadian itu sebagai sesuatu yang serius.

"Ini sangat serius. Kita akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana salah laku," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 113 kakitangan yang lama berkhidmat dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini.

Tiong Lai berkata mesyuarat kumpulan kerja antara China, Australia dan Malaysia mengenai kehilangan MH370 akan diadakan di sini bulan ini, diikuti dengan mesyuarat peringkat menteri pada April.

Beliau berkata mesyuarat akan mengkaji semula usaha carian dan memutuskan tindakan.

Artikel Lain